SINI TEMPAT MENCORET
ISI RASA JIWA
DILUAH MELALUI TULIS
CATATAN MUDAH
ADA RINGKAS
ADA PADAT
ADA JUGA BERJELA

SINI TEMPAT PUITIS BAHASA
KADANG. ADA GARAPAN TIDAK DIFAHAMI
KADANG. ADA TULIS BISA PENING PIKIR

SAMA KITA TULIS BACA



IXARA.AQEL

Khamis, 4 April 2013

TAREQ MUQMEEN


tareq muqmeen.. nama baby kamu ke?? apa maksud dia?


pahlawan islam.. moga roh itu mekar dalam jasadnya .. semoga baby sihat walafiat


semoga iman subur dalam jiwanya



ada roh baru ditiup
ada jasad baru dibentuk
ada nyawa baru bersatu

mula mata celik lihat dunia
suara dengar tangis
tanda kelahiran khabarkan pada semua

ibu ayah
bapa emak
ummi abi
papa mama
semua gembira
ngalir air mata
tanda syukur
pada tuhan panjat lafaz
limpah rahmat dariNya

jasad itu nama diberi
pinjam semangat pejuang Agama
moga bersatu mengalir dibadan
bila besar
tinggi azam menggunung
kalah tiada dihati
juang sampai tamat

pohon ibu ayah
mukmin itu subur dalam jiwa
agar iman tiada syak tiada ragu


duhai jasad ini
duhai roh ini
besarlah kamu dalam dakapan penuh kasih ibu
besarlah kamu dalam timang sayang si bapa
kelak besar jadilah mukmin beriman
berjuang seperti tareq


IXARA.aqel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan